Ezza Amir's Officialy Blog :)



Disclaimer :)



Welcome to my site ! Behave yourself here. no spamming, rude word and childish act!

cute silent reader
best view with google chrome
right-click disabled
kek coklat yg seddap!
Sunday, May 15, 2011 | 0 black mail

hallo!
harini aku nak tunaikan janji aku dekat miss asilah syamimi.
dari haritu lagi dia mintak resipi kek coklat aku.
asyik lupa je nak bagi,so,here mimi,especially for u.


bahan-bahanya ialah:
250gm butter
5 biji telur
125ml air+4 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula caster
1 cawan serbuk koko(letak ikut kesesuaian.nak letak banyak pon boleh)


cara-caranya ialah:

pukul butter sampai kembang

masukkan gula.dan pukul sehingga rata.

masukkan telur satu persatu

tuangkan campuran air dan susu tadi berselang seli dengan tepung sehingga habis.

masukkan adunan ke dalam loyang dan sedia untuk dibakar.

ok mimi?nanti dah cuba bagitau ok menjadi atau tak..heheh

Labels:




mari masak resipi baru!
Friday, March 4, 2011 | 0 black mail

hallu!
hari i hari jumaat..
hari rabu haritu aku balik kampung.
saje..dah lama tak balik..
tadi,aku masak utk tengah hati..
tolong2 mama..
hehe..
em,reseipini aku reka sendiri..
tapi biasa2 jela.
main logik akal..
dulu penah masak waktu makcik pakcik aku balik..
memula dorang tak berapa nak berkenan warna masakan aku ni..
maybe sbb warna dia kelabu asap jer..
tapi,bila dah makan,semua kata sedap..
so,meh aku share dgn korang k..

MASAK BLACKPePPER

~Bahan-Bahan~

ayam@daging
bawang besar
halia
bawang putih
lada hitam
air
garam
serbuk secukup rasa

~Cara-Cara~

blend kan bawang besar,bawang putih,halia dan lada hitam sekali.kuantiti,secukup rasa..kalu tadi,aku masak 2 belah bahagian peha ayam,guna 2 biji bwang besar,4ulas bawang putih,dlm 2 inci halia..lada hitam mengikut kesukaan..tapi lagi banyak lagi sedap.
panaskan kuali,letak minyak..then lepas minyak dah panas,masukkan campuran bahan-bahan yang di blend tadi..bila dah pecah minyak,masukkan air..ikut cita rasa..nak pekat ataupun nak berkuah..pastu letak garam dan cukup rasa..
lepas menggelegak,masukkan ayam atau daging yang dah dipotong-potong tadi.
tutp kuali dalam 5-6 minit.
kalau dah tengok semuanya dah cukup masak,rasa pun dah ok,dah boleh sediakan dah..
senangkan??
kalau kuah korang macam terlalu cair,nak bagi pekat,boleh tambahkan air tepung jagung sket..
warna memang tak hitam..kelabu-kelabu..
tapi kalau nak warna hitam,gantikan garam dengan kicap..

ok,selamat mencuba..mudah sekali..untuk anak2 dara yang nak bagi perut kenyang kalau mak takde umah,boleh masak sendiri..sesuai juga nak dihidangkan kat mak ayah atau bf untuk menunjukkan yang anda pandai masak..heheh...gud lak!

Labels:




oreo cheese cake
Thursday, December 30, 2010 | 2 black mail

PART A (crust bahagian bawah)

10-12 keping biskut digestive (beli kat tesco ke ape ade tulis biskut digestive jename pape pon buley)
3-4 sudu butter (meltkan butter dlm microwave jadi cair)

-------> hancurkan biskut (blend jek senang)
--------> tuang butter dlm biskut yg hancur pastu lenyek2 kan bagi sebati. kalau nampak xcukup butter tambah agi. da sebati lenyek dlm dulang bagi rata pkai sudu. (butter tu utuk bagi biskut hancur lekat)
---------> msuk dlm freezer biskut yg da lenyek dlm dulang. kalau nak bakar pon buley dlm 10min.


PART B
(250ml@1 kotak) thick cream ATAUPUN condensed milk (dairy camp 1 cawan)
===tp kte prefer thick cream lagi creamy dri condensed milk
1 biji telur

--------------> pukul thick cream dgn telur smpai agak2 kembang (dlm 10 min) nak pkai mesin buley, nak pkai tangan pon buley.


PART C

1 cawan gula halus
2 philadelpia cheese by KRAFT( at blog ade pic)

-----------> chez tu potong bagi dadu pastu pukul dgn gula. pukul dlm 5 min pon da ok. (jgan cairkan chezz 6t chez xsedap)


PART D

oreo yg peket panjang patah2 kan(nak very rich dgn oreo + agi 1 pendek da cukup)

-------------------> mixed PART B + PART C nmpak sebati + PART D (xmo buang cream dlm oreo sedap jugak)
--------------------> keluarkan cruft dr freezer trus curah all mixed PART B,C,D. bia semalaman dlm freezer next morning bru buh at peti is better!

GOOD LUCK & HAPPY TRYING! compem jadik jangan risau!

*resipi ini 100% daripada miss shatirah..so,selamat mencuba!

Labels:




sikret resepi of pie epal..hehe
Monday, December 20, 2010 | 0 black mail

so i asked yan,kawan nina how to make pie. omaigos dia terharu ada orang tanya dia. LOL

so dia dua part, yakni part tepung, untuk kulit and part epal yakni untuk isi dalam.

part tepung :

2 cawan tepung gandum

2 sudu teh garan

2/3 Cup Cresco

10-14 tablespoon air sejuk.

okey so untuk tepung,campurkan tepung,garam dan Cresco. gaul sampai rata. okey part ni penting sebab kena pakai garfu. hancur-hancurkan Cresco tu pakai garfu dan hanya garfu. Bagi Cresco sebati dengan tepung. Nanti akan nampak macam butir-butir halus wane kuning-kuning sikit. then baru masuk air sejuk, sikit sikit. pastu baru guna tangan untuk uli dia. kalau rasa tak cukup tambah lagi air sejuk, tapi jangan letak banyak sangat. dah setel, letak tepi.

part epal :

apple dalam 5,6 biji. kalau besar 4 biji pun okey

2 tablespoon cinnamon

2 tablespoon tepung

3/4 cup gula

so lepas dah hiris kulit epal, pergi basuh elok-elok epal tu. lepas dah basuh epal, letak dalam bekas lubang-lubang bagi air keluar. lepas tu baru potong 4, and then hiris. better jangan hiris nipis sangat sebab nanti tak terasa epal dia. so lepas dah hiris, letak gula, letak cinnamon and tepung. kacau-kacau,boleh letak dalam adunan!


*thanx to cik yan ye..sorry sbb sy juz copy paste je..hehe..sangat2 nak try..nanti if dah try n menjadi sy post gambar dia kat tumblr k..n also dkt my blog..hehe..nnti sy letak all my fevret resipi to share with u too ok..hehe

Labels:




puding roti marble
Thursday, November 18, 2010 | 0 black mail

hari ni,aku buat puding roti marble.
senang je.
hasil mmg sedap tau.
bahan-bahan.
-2 bji telur
-1/2 cawan susu pekat
-170ml susu cair
-4 keping roti
-2 sudu margerin
-1/2 cawan air
(semua ini di blend)

-3 cawan air
-2 sudu serbuk agar-agar
-1/2 cwan gula
(masak atas dapur hingga mendidih)

kemudian,masukkan bahan2 yang di blend kedalam periuk yg sedang mendidih.kacau hingga rata.

akhir skali,divide bahan-bahan kepada 2 bahagian.satu bahagian campur dengan cofee emalco.kemudian masukkan ke dalam dulang berselang seli.setekah selesai,masukkan ke dalam peti sejuk
.

hasil memang sedap.mudah saja.


namun,malang bagi aku.hahah..termsukkan gula 3 cawan.habis jadi manis nak mampos puding aku..hahahahahahahahha..mampos!

Labels: