Ezza Amir's Officialy Blog :)



Disclaimer :)



Welcome to my site ! Behave yourself here. no spamming, rude word and childish act!

cute silent reader
best view with google chrome
right-click disabled
APA?NAK NIKAH????
Tuesday, January 17, 2012 | 0 black mail

lama betul aku tak singgah menulis kat sini..bukan sebab aku sombong,tapi sebab kekangan masa..eceh kekangan katanya..time aku menaip ni sebenarnya aku baru je seminggu bebas dari hukuman final exam..yela,hukuman la sebab satu sem keje nak main-main,so,hukumannya kene jawab exam la time final..dan aku sampai tahap rajin gila nak menulis ni pun sebab aku dah ditinggalkan kawan-kawan aku keseorangan kat dalam bilik kecik nan buruk ni..dorang dah amek keputusan untuk pulang ke rumah dulu sebelum aku..takpe kaawan-kawan..aku faham..semoga korang semua gembira duduk di rumah..
okeh,about final exam haritu,Alhamdulillah,semua okey except one paper called HRIS..subjek tu memang aku tak pernah nak paham.more about computer software in managing employees in human resource scope..memang lemahla aku kan bab-bab komputer ni..tak taula ape result yang bakal aku gondol..aku cuma harap sem ni aku takde c untuk mengekalkan result aku yang seperti telur di hujung tanduk sahaja tahap dekannya..untuk 2 subjek yang dah tau resultnya, Alhamdulillah 2-2 mencapai target aku sem ni..walaupun bukan semua dapat A,but at least capai target pun kira okla..at least i know how to value my work..kan??

sekarang dah masuk bulan 1 tahun 2012.masa tahun 2011 bulan 7, aku dah selamat ditunangkan dengan en viva aku..kira lebih kurang nak dekat masuk 6 bulan jugakla kitorang dah jadi tunang menunang...macam-macam dugaan dan cabaran jugakla yang kitorang dah tempuhi..eceh..macam dugaan ape je kan..masa tunang that day, en viva mintak tempoh 2 tahun pertunangan kami..aku ni memang no hal even sebenarnya terasa lama jugak..but,yelah..bukan senang nak kawen..kami ni bukan anak orang kaya..ataupun artis popular yang ramai gila berpusu-pusu nak sponsor..but then, entah ape yang buat en viva terbuka hati untuk mempercepatkan pernikahan kitorang..


cerita boleh timbul masa aku balik kampung haritu.masa tengah berbual dengan mama abah kat meja makan lepas makan malam, tiba-tiba en viva mesej and suruh aku tanya abah boleh tak kalau kami nak nikah awal..around bulan 5 ni..aku pun macam takut jugak nak tanya..yela,janjinya paling awalpun bulan 12 2012..ni dah jadi bulan 5..kalau tanya aku suka ke tak mestila suka..dah ade orang nak kawen dengan aku..tak payah risau-risau jadi anak dara tua ke hape kan..then,aku pun tanya abah..
" em,abah, en viva tanya..kalaula dia nak ajak adik nikah awal dalam bulan 5 ni, abah bagi tak"
abah diamje..mama pun sama..aku pun macam dah dapat agakla jawapan yang akan keluar dari mulut abah..
" adik rasa abah rasa apa?"
oh,mencabar ni soalan abah...
" mana la adik tau."
" aik,takkan tak boleh baca pikiran abah kot?"
hum..redha jela aku time tu..
" abah setuju!"
pergh..memang tegak bulu roma aku time tu..aku ingat abah tak setuju..sekali abah setuju..mama pun bila abah dah setuju,mama pun setuju jela..

kiranya sekarang, kami berdua sedang bertungkus lumus untuk menjayakan hari pernikahan kami..tapi aku pun still tak dapat nak komfemkan dengan semua orang..yela, takut tarikh tu tok kadi bz ke,apeke..tapi aku harap sangat jadi..aku tahu,pasti ade mulut-mulut yang akan berkata macam-macam dekat aku..yela,aku kan tak habis belajar lagi..mesti ade yang kata kenapa tak tunggu abis belajar je..lagipun habis dalam bulan 7, nak nikah bulan 5..mesti punya ade yang akan tanya camtu..dan yang pasti,mesti akan ada yang bercakap, kenapa nak kawin awal sangat,tak nak tolong mama abah dulu ke..macam-macam soalan punya yang akan aku terima..dan macam-macam komen yang kene aku hadap..tapi,aku ada jawapan aku sendiri..

untuk orang-orang yang ade sejuta soalan dan anggapan kurang senang dengan tindakan aku nak kawen, meh sini aku nak terangkan supaya korang boleh faham..aku tak marah, sebab aku tahu setiap orang ada pandangan dan pendapat masing-masing..lagipun tanpa ada bantahan dan pandangan yang berbeza, seseorang tu takkan dapat berjaya dan kenal pasti masalah yang mungkin dihadapi..betul tak?

firstly, aku nak bagitau..untuk mencari lelaki yang betul-betul bertanggungjawab dan menyayangi kita seadanya dekat masa sekarang ni dah susah..so,bila ada seorang lelaki yang sanggup terima aku seadanya..terima aku yang tak cantik dan gemuk ini..terima aku yang tak kaya dan tak ada apa-apa ini, dah betul-betul buat aku bersyukur..aku tak harap dapat lelaki terlalu sempurna sebab aku sedar sapa diri aku..aku tak berharap daat lelaki kaya, asalkan dia dapat jaga aku sebaiknya..dan sekarang aku dah jumpa lelaki yang sanggup bersenang bersusah dengan aku..sanggup menerima keburukan aku..sanggup bersama aku bila aku sedih dan gembira..dan yang penting sanggup membantu aku waktu aku betul-betul dalam kesusahan sedangkan dia sendiri takla sesenang mana..aku dah terlalu bersyukur dapat lelaki yang sanggup share 5ringgit sorang walaupun dia sendiri ada 10ringgit je time tu..apa lagi yang aku nak tunggu kalau aku dah jumpa lelaki yang aku rasa sempurna di mata aku?

yang kedua, mungkin akan ada yang rasa bila aku kawen nanti, aku tak dapat nak tolong mama abah..tapi bagi aku, antara kahwin dengan tolong mak ayah ni langsung tak ada kene mengena..bagi aku, bila aku kawen, aku lagila tolong mama abah aku..sebabnya, tanggungan abah dah semakin berkurang...sebab aku dah jadi tanggungjawab suami aku..and aku rasa jugak, bila aku dah kahwin, segala makan pakai aku, tempat tinggal dan segala perbelanjaan aku suami aku yang dah kene tanggung..jadinya, bila aku dah bekerja dan dah ade gaji, gaji aku jadi banyak lebihnya untu bagi dekat abah dan mama..memangla aku pun kene bantu suami bila dah berkahwin nanti, tapi maknanya, segala-galanya dah jadi semakin kurang dengan adanya bantuan suami..contohnya, kalau tak kahwin, kerja di negeri orang, aku kene sewa rumah atau bilik..semsetinya aku kene bayar sendiri..tapi kalau dah bersuami, kemungkinan aku tak payah bayar apa-apa, ataupun bayar separuh..dan contoh lagi satu, kalau belum berkahwin, aku mestila kene ada kereta nak kerja,,dah kene bayar duit kereta pulak..tapi bila dah kawein, boleh guna kereta suami sebab suami pegi kerja naik moto..so, duit gaji untuk kereta dah boleh simpan, atau mungkin dah boleh bayarkan kereta untuk mama...apakah yang dikatakn membebankan mama dan abah itu??

jikalau ada yang berpendapat, menyusahkan mama dan abah tu masa nak melangsungkan perkahwinan..time nak buat kenduri bagai tu..untuk pengetahuan semua, insyaAllah saya kahwin tak minta duit mama abah saya..saya guna duit hantaran saya..tapi kalaulah abah atau kakak atau ada saudara mara yang sanggup bantu, Alhamdulillah..itu rezeki namanya..entahla..bagi aku, niat untuk membantu mama abah tu sentiasa ada dalam ati..tak kira belum kawin ataupun dah kawin..kalau nak tolong tu, dalam ape jua keadaan pun kita sanggup tolong..bukan je tolong dari segi kewangan, tapi dari segi apepun

ok..aku ni manusia biasa..yang seringkali lalai dan alpa..buat dosa tu macam-macam cara..aku sentiasa cuba untuk jadi lebih baik..untuk jadi insan yang sempurna dan baik di sisi Allah..tapi, tula..bukan senang nak mengelakkan diri dari tak buat dosa..tertarik lengan baju ke atas sikit dedahkan tangan pun dah berdosa..terdetik di hati mengata orang pun berdosa..terkecilkan hati orang lain pun dah berdosa..terbuat orang lain bersedih dengan kata-kata kita pun dah berdosa..terbuat mama dan abah susah hati pun dah berdosa..belum lagi campur dosa-dosa lain..macam aku kata, aku bukan manusia sempurna..mungkin korang tak macam aku..mungkin korang tak buat dosa-dosa yang macam aku cakapkan tadi..tapi aku sedar sapa aku..keluar dengan en viva berdua..tersentuh dan termacam-macam lagi..tu dah dosa lain pulak..mungkin jugak korang tak pernah tersentuh bf korang time bercinta dulu..Alhamdulillah..aku tau korang baik..tak macam aku..tapi, disebabkan tu la,aku perlu nikah..supaya hubungan aku dan en viva ni halal..bukan sebab kononnya aku terlalu ghairah dengan keenakan hidup sebagai suami isteri atau apa..cuma aku tak mampu nak menanggung dosa yang banyak ni lagi..korang yang tak berapa setuju aku nak kawin ni, bukannya nak share dosa aku sama-sama pun..kan?ke ada yang sudi nak share?jadi apa salahkah aku nak bernikah untuk mengelak dari segala maksiat dan zina?sememangnya aku tak mintak dah aku mintak aku dijauhkan dari melakukan zina..tapi, macam aku kata, aku tak sempurna..syaitan pulak memang sukala orang-orang macam aku ni..aku tak mahu memberikan kemenangan kepada si syaitan durjana..tak mahu...

Rasulullah bersabda : " Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. " - HR . Ibnu 'Addi

entahla..mungkin kamu semua masih tak nampak apa yang aku cuba lakukan..aku cuba nak meringankan beban mama dan abah.. dari segenap segi..kalau aku lakukan dosa, mama dan abah dapat sharenya..bukan kamu semua..aku tak sanggup mengheret mama dan abah untuk menanggung dosa aku yang bertimbun..tapi yang korang nampak hanyalah pernikah itu membawa bebanan kepada orang tua..apelah..

kalau ada yang kata, nanti kahwin, pelajaran akan terganggu..entahla..segalanya terletak di hati..kalau tak kahwin pun, tak semestinya pelajaran tak terganggu..perkahwinan bukanla satu penyebab..kalau ada student yang kawin then pelajaran dia terganggu tu salah student tu..bukan salah perkahwinan...tapi rasanya, ade jugak ramai student yang semakin berjaya lepas kahwin..kenapa yang buruk selalu diketengahkan tapi yang baik semua nak sorok jauh-jauh?

i dunno..orang sekarang terlalu dahulukan adat dan pikir orang lain sampaikan tuntutan agama sendiri diketepikan..mungkin ada yang kata, " ko nak kawin, memang ko tak habis2la nak ikut tuntutan agama semuakan..yang lain taknak pulak kau ikut tuntutan agama". seperti yang aku katakan, aku bukan manusia sempurna macam korang..buat masa ni, aku masih dengar perintah Allah,aku masih menjaga hubungan baik dengan mama dan abah,aku masih menjaga hubungan baik sesama kawan-kawan,aku masih berpuasa,aku masih menunaikan solat,aku masih tahu membaca Alquran,aku masih cuba menjaga pergaulan aku sebaik mungkin dengan orang yang bukan muhrim..tapi tu tak bermakna aku tak buat dosa..tak bermakna aku tak pernah terlali meninggalkan solat..tu tak bermakna aku tak pernah terdetik perasaan tak puas hati dengan mama abah..aku insan biasa..yang tak pernah lekang buat dosa..tapi dengan berkahwin,aku dah cuba untuk mengurangkan dosa aku..korang tak rasa ke??hum..

fikirlah sendiri..mungkin akan ada jugak yang akan kata, en viva tu kerja bukannya gaji tinggi..kereta pun mampu pakai viva je..so what?memang dia ada bagitau aku, selepas kawin ni, dia tak mampu nak belikan aku rumah besar..just mampu bagi aku duduk dekat apartment sederhana je..so,whats the problem??aku bukan mata duitan..biarla duduk di mana sekalipun.janji dia ikhlas..kalau korang nak kutuk kereta viva dia..kutukla..ada aku heran?sebab bagi aku,viva tu la yang berjasa banyak dengan aku..dengan dia..biarla kereta kecik,janji hati senang..janji hati tak susah nak oikir duit kereta yang melambaj nak bayar hujung bulan..kenapa aku yakin dengan en viva?sebab sepanjang aku duduk kat KL ni, diala yang banyak tolong aku..dari macam-macam segi..kewangan dan sebagainya..walaupun dia bukanla banyak duit macam korang semua, tapi rasanya aku tak pernahla kebulur kalau xde duit..aku xpernahla sampai mandi tak bersabun..mesti korang pelik kenapa mama abah aku tak tolong aku kan..bukan diorang tak tolong..tapi aku yang segan nak mintak tolong diorang..aku tak nak susahkan hati mama abah aku tentang duit..lagipun aku ada 3 orang adik lagi yang still belajar..biarla duit mama abah tu lebih untuk diorang..tapi, kadang-kadang ade jugakla mintak tolong abah kalau terdesak..aku nak balik kampung, aku rasa boleh kira pakai jari waktu yang aku terpaksa naik bas sendiri..jadi, korang dapat bayangkan tak, betapa en viva sanggup berhabis untuk aku?

dan mungkin kerana sikap tanggungjawab en viva jugakla mama dan abah memang tak teragak-agak untuk mengizinkan kami untuk bernikah..jadi apalah sebabnya korang pulak yang rasa susah hati aku nak bernikah?aku sendiri pun tak berapa pasti..

aku betul-betul harap yang korang semua faham kenapa ak,u amik keputusan nak nikah awal..pelajaran dan kerja, aku serahkan kepada Allah je..aku akan usaha sebaik mungkin, selebihnya biarlah DIA yang menentukan..yang pasti, setelah aku menghalalkan hubungan aku dengan en viva dan berjaya menyelamatkan diri aku dari dosa-dosa besar yang memang tengah berleluasa sekarang, aku harap Allah sentiasa menyebelahi aku untuk perkara-perkara seterusnya..

yang pasti, aku akan terus berusaha untuk kejayaan aku di universiti dan aku aku terus membantu mama abah dan adik-adik aku tak kira dah kawin ataupun tidak..itu janji aku..so,doakanlah yang terbaik untuk aku..dan doakanlah perjalanan perkahwinan kami sentiasa berjalan lancar..amin,

Labels: