Ezza Amir's Officialy Blog :)



Disclaimer :)



Welcome to my site ! Behave yourself here. no spamming, rude word and childish act!

cute silent reader
best view with google chrome
right-click disabled
apa ada dengan 'pertunangan'
Friday, February 4, 2011 | 0 black mail

assalamualaikum.
pagi ni,anis kejut aku bangun tido sebab mama ajak pegi kenduri kawin.
lepas bangun,gosok baju semua,sementara tunggu mama abah balik dari berdating kat pekan,aku pun terasa nak updatela blog ni.
cuti raya cina ni,ramai betul orang kahwin.
sana-sini ade kenduri.alhamdulillah..semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga.
bila cakap pasal kahwin,aku pun terasa nak kahwin.
gatal?mungkin ada sesetengah orang akan kata aku gatal.
tapi aku tak paham apa definisi gatal tu.
sebab,cuba bagitau dekat aku,sapa yang tak nak kahwin?sapa yang tak ingin berumahtangga?gitau cepat..
tapi,aku sendiri sedar,masih belum tiba masanya lagi untuk aku berumahtangga.
yela,aku pun still belajar lagi..
memang tak salah berkahwin time belajar,bagi aku..
tapi mungkin lebih elok lepas kot,sebab dapat fokus dengan keluarga..takdelah nanti andai kata tiba-tiba result jatuh orang salahkan sebab perkahwinan pulak.

ok,motif utamanya nak cakap pasal pertunangan.
sebab bab perkahwinan ni masih jauh lagi..
apa pendapat korang kalau bertunang masa tengah belajar.
senang kata,contohnya macam aku ni..
yang ade lagi 2 sem je nak habis belajar.

bila aku tanya pendapat dekat fb,macam-macam pandangan aku terima.
time kasih ye semua.
ada yang kata ok,ade yg kata ok hya untuk org perempuan,ada yang marah..
macam-macam..
tapi takpelah..pendapat orang berbeza-beza..biasalah tuh..

tapi,jujur dari aku..
aku tak nampak mana salahnya bertunang time belajar.
lagipun,aku pun dah 22..
bukan umur 18 yang baru nak kenal dunia sebenar.
mari kita lihat definisi tunang yang sebenarnya,

"Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang."


~sekadar gambar hiasan~

atau mingkin yang lebih mudah, yang ini..

" tunang itu hukumnya sunat dan dijelaskan dalam tuntuan agama Islam"

baiklah..dari apa yang aku baca setelah membuat sedikit research,aku tengok,tak ade pun dari mana-mana article menyatakan bahawa bertunang ketika belajar adalah satu kesalahan.

aku bukan nak menegakkan ape-ape..
cuma,kadang-kadang,aku rasa mentaliti orang melayu sekarang dah semakin sempit.
kenapa?
apa buktinya bila bertunang ketika belajar,pelajaran boleh terganggu?

ok,macamni,dari definisi yang aku dah baca,bertunang ni ala-ala macam booking.atau tanda yang gadis itu pihak lelaki dah berkenan.
dan jika takde aral dan didizinkan Allah,bakal dinikahi menjadi isteri.
betulkan apa yang aku paham?
maka,apa bezanya dengan title 'couple' sekalipun?
aku tak nampak ada pa-apa perbezaan disitu.

~sekadar hiasan~

bagi aku,kalau ada orang lelaki sanggup menghantar rombongan untuk meminang,atau menjadikan gadis itu sebagai tunang,kira bagusla..
sebabnya,itu menandakan si lelaki itu betul-betul serius.
sebab rasanya,pertunangan ni melibatkan 2-2 belah keluarga..
dan benefits lainnya,kedua-dua belah keluarga ni bolehla mengenali antara satu sama lain dengan lebih lanjut.ye x?
jadi,kenapa bila timbul isu pertunangan time belajar,ada sesetengah pihak yang melenting?

ok,we look at other side..
side pelajaran..yang mungkin akan kata,jika bertunang ketika belajar boleh menyebabkan pelajaran terganggu..
sekarang,nak tanyalah,mungkin aku terlepas pandang..yelah,xpernah bertunangla katakan..
adakah kehidupan selepas bertunang akan totally change macam kita berkahwin..
apa bezanya hidup sleepas bertunang,dengan tak bertunang?
dari pandangan aku yang cetek ilmu ni,macam tak ade apa perbezaan..
sebab bertunang,sekadar untuk cop,booking dan sewaktu dengannya..
bila bertunang,tak bermakna,si gadis kene spend time dengan tunangnya 24 hours..
tak bermakna si gadis perlu masakkkan untuk tunangnya..
tak bermakna si gadis kene jaga makan pakai tunangnya..
takkan?
jadi,mana point yang boleh menyebabkan pelajaran terganggu?
sebab dari pandangan aku,tunang dengan 'couple' ni samaja..
cuma bila dah sampai tahap bertunang,makanya hubungan tu sepertinya dah direstui kedua-dua belah keluarga..
means,nampak lebih elok kot bila bertunang..
sebab bila dag bertunang,semua orang akan sedia maklum bahawa,pasangan tu tak main-main..
bukan pikir bercinta untuk enjoy je..
tapi masih tak memberi sebarang impak yang besar kedua-dua belah pihak.
betul tak?
dengan kata lebih mudah,bila dah bertunang,kita akan lebih mengenali tunang kita dan keluarganya..
kira sesi perkenalan dengan lebih rapat dah mula terjalin.

hum..itu pendapat aku..
mcam mana pula dengan pendapat kamu?
boleh komen sikit?

Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang makruf. Dan janganlah kamu berazam (bertetap hati) untuk berakad nikah sebelum habis iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahi apa yang ada dalam hatimu, maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. (QS. 2:235)




Labels: