Ezza Amir's Officialy Blog :)



Disclaimer :)



Welcome to my site ! Behave yourself here. no spamming, rude word and childish act!

cute silent reader
best view with google chrome
right-click disabled
movies minggu ini
Sunday, January 23, 2011 | 0 black mail

evening..
harini hari ahad.
start dari hari rabu haritu aku xde kelas.kira macam cutila..
5 hari tau.
mostly mana kawan-kawan aku yang duduk dekat balik umah.
aku tak balik.nak saving sket.
sbb next jumaat dah nak balik lagi pulak sbb cuti raya cina.

erm,5days ni,aku tak buat ape pun.
keluar tak,ape pun tak.
hari rabu haritu je kuar dgn en viva sbb interview,and after that kuar jenjalan.
then,memnag terperuk je aku dkat bilikni.
siyes boring.

tadi,sbb dah tahap boring melampau,aku pun cuba cari keje.
aku mop lantai,lipat segala kain yang baru jemur,sampai kain rumate aku pun aku tolong lipatkan.
kemas segala meja yang dah berselerak tak tentu hala.
and sekarang,dah takde keje balik.
study?
hehehe..erm,takde buku la nak study..
nantila..hehe

so,sepanjang aku duk bilik 5 hari ni,segala muvee yang ade dalam laptop aku ni,aku dah habis tengok.
nasib baikla ade stok muvee amek kat member..
tengok tajuk-tajuk,memang tak menarik untuk aku.
tapi disebabkan boring sgt,aku tengok jugak.
ok,kat cni aku nak share beberapa muvee yang aku baru tengok..



firstly,cerita FROM PARIS WITH LOVE.
dari tajuk,siyes aku ingat cerita love story.
jadi,konon-konon mood romantic aku malam tu,aku pun bukakla muvie ni.
haha..im totally wrong!
pelakon utama cerita ni JOHN TRAVOLTA dengan JONATHAN RHYS MEYERS.
cerita ni cerita tembak-tembak.
pasal sorang laki ni (JONATHAN),dia diberikan kes sulit and kene bekerjasama dgn JOHN TRAVOLTA.kes yang diorang kene setelkan ni pasal kes satu kumpulan berani mati nak cuba letupkan satu persidangan yang dihadiri oleh menteri-menteri dari macam-macam negara.
then,Jonathan ni ada sorang tunang.dia tak dapat bagitau tunang dia tentang kerja dia sbb ni kes sulit.bila certain hal dah setel,dia bawak John Travolta balik umah dia untuk jumpa dengan tunang dia.kira konon macam nak rehatkan minda kejap la.rupa-rupanya,tunang Jonathan tu la orang yang akan jadi pengebom berani mati dekat persidangan tu.ending dia,tengok sendiri la.
~4 out of 5~


ok,lagi,cerita THE BLIND SIDE.
ni based on true story.
pelakon utama dia SANDRA BULLOCK dengan QUINTON AARON.
cerita ni pasal lelaki nama MICHAEL OHER,lelaki kulit hitam yang homeless.
dia takde family.everything changed bila ade sorang lelaki ni,bawak dia pegi satu sekolah.kira macam nak masukkan dia kat sekolah tu.
the problem is,Michael Oher @ Big Mike ni akademik dia teruk.tapi disebabkan that time,cikgu tu tgk dia main basketball dengan jayanya,cikgu tu sanggup jumpa semua cikgu-cikgu lain and pujuk supaya amek Big Mike ni sekolah.
sepanjang dia dekat sekolah tu,dia jarang bercakap.cikgu bagi test,dia tak pernah jawab.so,cikgu-cikgu mula menyampah dengan dia.badan dia ni besar.and disebabkan dia ni xde rumah,dia ni selekeh.
until one day,sandra bullock jumpa dia tgh jalan.sandra bullock bawak dia balik umah.sandra bullock ni kaya.ade ank 2 org.salah sorangnya budak sekelas dengan big mike ni.sandra bullock bagi dia tumpang tido malam tu,and starting that day,sandra bullock suh dia stay je.
lama-lama diorang jadi macam satu family.big mike dah makin ok dalam pelajaran.then,dia masuk football games.mula-mula big mike tak reti main,tapi bila sandra bullock bagi semangat,dia jadi hebat sampai banyak sekolah-sekolah nak amek dia jadi player.kira biasiswa la.
em,ceritani menarik sangat.tengok sendiri la yer kalau nk tau the full story.
~5 out of 5~


last cerita nak gtau harini,cerita THE DEPARTED.
pelakon utama LEORNADO DI CAPRIO ngan MATT DAMON.
citerni tentang polis dengan penjahat.
both of them,are police.
cuma latar belakang family dorg je berbeza.
leornado ni keluarga dia mostly penjenayah, matt damon pulak everything looks perfect.
tapi,rupa-rupa,leornado jadi polis mmg sbb dia nak jadi polis,tapi matt damon jadi polis sebab dia nak tolong ayah angkat dia,iaitu orang jahat paling dikehendaki.
then,leonardo di tugaskan jadi mata-mata polis untuk masuk geng jahat bapak matt damon.yang tau dia sebenarnya polis ade 2 org je.ketua polis dengan lagi sorang pegawai.
kira cerita ni tunjuk yang leornado terpaksa taruhkan keselamatan dia,tapi matt damon yang kononnya baik,jadi org yg dipercayai,rupa-rupanya dalang.
menarik cerita ni,tapi sape yang tak suka cerita ganas-ganas,tak payahla tengok kot.but for me,memang best!
~4 out of 5~

k lah..nak beransur dulu.so,enjoy watching these 3 movies!

Labels: